Wednesday, 9 May 2012

geografi tingkat 1KEPELBAGAIAN BENTUK MUKA BUMI- BLOGAGZZ


Kedudukan Malaysia
1  Berhampiran Garisan Khatulistiwa.
2  Keluasan :  329 733km persegi
3  Terdiri darpada :
      a)  13 buah negeri
      b)    3 wilayah persekutuan
4   Mempunyai kedudukan    
     geografi  strategik :
      a)  kedudukan di tengah-tengah jalan laut  antara timur dan barat.
      b)  terletak di luar Lingkaran Api  Pasifik dan laluan Angin taufan.

Bentuk Muka Bumi Malaysia 

 Tanah Tinggi

1  Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.
2  Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a)    Banjaran Nakawan
b)    Banjaran Kedah Singora
c)    Banjaran Bintang
d)    Banjaran Keledang
e)    Banjaran Titiwangsa/Besar
f )    Banajran Benom
g)    Banjaran Tahan
h)    Banjaran Pantai Timur


Banjaran Gunung di Malaysia

3  Banjaran di Sabah:
a)    Banjaran Crocker
b)    Banjaran Trus Madi
c)     Banjaran Witti
d)    Banjaran Maitland
e)    Banjaran Brassey

4  Banjaran di Sarawak :
a)    Banjaran Tama Abu
b)    Pergunungan Iran
c)     Pergunungan Hose
d)    Banjaran Kapuas Hulu
e)    Banjaran Kelinkang  

5  Banjaran Titiwangsa:
a)    tulang belakang Sem.M`sia
b)    terpanjang (480km)
c)     dikenali Banjaran Besar
d)    kemuncak tertinggi -  Gunung Korbu (2182m)
e)    3 pusat peranginan :
         - Tanah Tinggi Genting
             - Tanah Tinggi Cameron
             - Bukit Fraser
f)     legeh dan kawasan tadahan bagi sungai.

 6  Banjaran Crocker: 
      a)  terbesar dan tertinggi di Malaysia.
b)    Kemuncak tertinggi  -  Gunung Kinabalu (4101m)
      c)  terdapat  Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu.

7  Banjaran Tama Abu
a)     banjaran utama Sarawak
      b)   kemuncak tertinggi - Gunung Murud (2425m)


Sistem Gunung Lipat

1  Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada sistem  Banjaran Gunung Asia, 
    bermula dari Pusaran  Pamir di utara India.
2  Banjaran di Malaysia menganjur  dari Dataran Tinggi Yunnan dan menganjur merentasi 
   Thailand dan membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran lain. 
3  Banjaran gunung di Asia terdiri daripada gunung lipat.
4  Pembentukan gunung lipat disebabkan kuasa mampatan.
5  Gunung lipat terdiri daripada
a)    gunung lipat tua
b)    gunung lipat muda




Sistem Gunung Lipat
Tanah Pamah

Terdiri daripada :
A   lembangan sungai
B   delta
C   dataran pantai

1  Lembangan sungai ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-  
    cawangannya.
2  Dataran ialah kawasan rendah yang lebih luas, rata dan kurang daripada 15 meter.
3  Umumnya, dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran  pantai
4  Ditimbuni tanih alluvium yang subur  sesuai untuk kegiatan pertanian seperti Dataran 
    Kelantan dan DeltaRajang.
5  Tanah pamah dan dataran :
a)    Dataran Kedah-Perlis
b)    Dataran Hilir Perak
c)     Dataran Selangor
d)    Dataran Johor
e)    Dataran Pahang
f)     Dataran Terengganu
g)    Dataran Kelantan
h)    Delta Rajang
i)      Dataran Pantai Barat Sarawak
j)     Delta Baram
k)    Dataran Pantai Barat Sabah
l)      Dataran Pantai Timur Laut Sabah
m)   Delta Segama
n)    Dataran Pantai Timur Sabah


Saliran di Malaysia

1  Malaysia mempunyai banyak sungai    kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun.
2  Kebanyakan sungai di Sem. Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa, mengalir masuk 
    ke Laut dan pentas benua. Shina Selatan dan Selat Melaka.
3  Di Sabah dan Sarawak, sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir 
     masuk ke Laut China Selatan dan Laut Sulu.
4  Sungai- sungai di Semenanjung Malaysia :  
  •  Sungai  Muda
  •  Sungai Perak
  •  Sungai Berna
  •  Sungai Endau
  •  Sungai Pahang
  •  Sungai Terengganu
  •  Sungai Kelantan


5  Sungai-sungai di Sarawak :   
  •  Sungai Rajang
  •  Sungai Baram
  •  Sungai Lupar


6  Sungai-sungai di  Sabah :
  •   Sungai Padas
  •   Sungai  Labuk           
  •   Sungai Kinabatangan
  •   Sungai Segama


7  Sungai-sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu, perlahan di peringkat   
     hilirnya,
8  Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini.
9  Tasik buatan manusia ialah Tasik Kenyir, Tasik  Chenderoh, Tasik Perdana.  


Pola Saliran

Pola  sairan ialah  cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain.

a)    pola saliran reranting
- bentuk ranting pokok     
- di kawasan batuan yang sama kekerasan
- contoh: Sungai Pahang
                Sungai Kelantan




Pola Saliran Reranting


b)    pola saliran jejala
- di kawasan yang mempunyai batuan keras dan batuan lembut berselang-seli
            - anak sungai menghakis lapisan batuan lembut
            - contoh : Sungai Perak




Pola Saliran Jejala


c)    pola saliran selari
-  terdapat di cerun curam
            -  contoh : Sungai Kinabatangan



Pola Saliran Selari

d)    pola saliran gegelang
-  cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan  
   sungai utama di tanah rendah.






Pola Saliran Gegelang
e)    pola saliran jejari

- cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung




           Pola Saliran Jejari

 

Bentuk Muka Bumi Sepanjang Aliran Sungai



Peringkat Hulu



1  Sungai mengalir deras

2  kuasa hakisan giat.
3  bentuk muka bumi ialah jeram, air terjun, gaung, lubuk sungai

Peringkat Tengah
  
1  Sungai mengalir sederhana deras
2  tindakan hakisan melebar lebih pesat.
3  bentuk muka bumi ialah susuh  bukit berpanca dan liku sungai.

Peringkat Hilir 

1  Proses pemendapan sungai lebih aktif dan berkesan
2  bentuk muka bumi ialah liku sungai yang besar, tasik ladam, dataran banjir, tetambak
    dan delta.



Pinggir Laut


Pinggir laut Malaysia tidak lurus tetapi panjang, mempunyai bentuk muka bumi seperti teluk,

tebing tinggi, tanjung,  pantai,  pulau

1  Pantai berpasir penting sebagai kawasan  pelancongan dan perkelahan, kawasan
    penanaman kelapa.
    Contoh : Port Dickson
                  Pantai Cahaya Bulan
                  Batu Ferringhi

2  Pulau penting sebagai kawasan pelancongan, pelabuhan perikanan dan pelabuhan
    antarabangsa.
    Contoh :  Pulau Langkawi 
                    Pulau Tioman
                    Pulau Redang
                    Pulau Gaya

3  Tanjung penting sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan.
    Contoh :  Tanjung Bidara
                    Tanjung Dawai
                    Tanjung Datu

4  Teluk penting sebagai petempatan nelayan, tapak pelabuhan, kawasan perikanan,
    kawasan perkelahan.
    Contoh : Teluk Kemang
                   Teluk Ramunia
                   Teluk Kimanis
                   Teluk Darvel
                   Teluk Mahkota

5  Pentas benua ialah kawasan perikanan dan kawasan perlombongan petroleum dan gas
    asli. Meliputi kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah,
    Sarawak serta Laut China Selatan.

Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

Potensi dan halangan bentuk muka bumi


Tanah tinggi

Kepentingan terhadap kegiatan manusia

  • Kawasan tadahan air dan legeh sungai
  • Kawasan pelancongan
  • Penjanaan kuasa hidroelektrik
  • Penanaman tanaman hawa sederhana
Kepentingan kepada pembangunan Negara

  • Sumber air dan makanan
  • Sumber kuasa untuk kilang, pejabat dan rumah
  • Peluang pekerjaan
  • Menambahkan pendapatan Negara-melaluli aktiviti pertanian,  pembalakan dan pelancongan.

Halangan terhadap kegiatan manusia

  • Cerun curam menyebabkan hakisan dan tanah runtuh
  • Menyukarkan petempatan,  pertanian dan pembinaan jalan raya
Cara-cara mengatasi

  • Menanam pokok atau rumput
  • Membina teres
  • Membina tembok simen atau batu
  • Membina terowong
Tanah pamah

Kepentingan terhadap kegiatan manusia

  • pertanian
  • petempatan
  • tapak perindustrian
  • tumpuan jaringan pengangkutan
  • perlombomngan
 Kepentingan kepada pembangunan Negara

  • Sumber makanan
  • Peluang pekerjaan
  • Sumber bahan eksport dan mineral
  • Menambahkan pendapatan negara
  • pengangkutan cekap
 Halangan terhadap kegiatan manusia
  • berpaya
  • bertanih gambut
  • Mudah banjir
 Cara-cara mengatasi

  • menebus guna untuk kegiatan pertanian dan petempatan
  • Bina perparitan
    Pinggir laut

    Kepentingan terhadap kegiatan manusia

    • tapak pelabuhan
    • pusat perikanan
    • pusat pelancongan
    • tapak petempatan nelayan
      Kepentingan kepada pembangunan Negara

      • tapak pelabuhan semula jadi
      • peluang pekerjaan
      • kawasan peranginan dan pelancongan
      • Menambahkan pendapatan negara

      Halangan terhadap kegiatan manusia

      • tebing curam
      • hakisan ombak


      Cara-cara mengatasi

      • membina tembok
      • membina benteng

       Saliran

      Kepentingan terhadap kegiatan manusia

      • Penjanaan kuasa hidroelektrik
      • Sumber pengairan
      • Kaedah pengangkutan
      • Kawasan perikanan
      • Pusat rekreasi
      • Kegunaan domestik

      Kepentingan kepada pembangunan Negara

      • sumber kuasa hidroelektrik
      • sumber makanan protein
      • peluang pekerjaan
      • bekalan air ke kilang,  pejabat,  rumah
      • sumber air ke kawasan pertanian
      • pengangkutan di kawasan pedalaman

      Halangan terhadap kegiatan manusia

      • Aliran deras di peringkat hulu dan berliku-liku di hilir sungai menyukarkan pengangkutan air
      • air sungai yang tercemar
      • aliran yang cetek

      Cara-cara mengatasi

      • membina empangan atau kolam air di peringkat hulu sungai
      • meluruskan aliran sungai di peringkat hilirnya
      • merawat sungai



      Kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di negara-negara lain.

      Tanah tinggi di Switzerland

      • penting untuk industri pelancongan
      • pelancongan menyediakan peluang pekerjaan  kepada 10% penduduk negara ini
      • musim sejuk aktiviti meluncur dan hoki atas salji
      Cerun bukit di Pulau Jawa
          • cerun gunung berapi yang subur (tanih lava bes ) ditanam padi secara berteres.
          • juga kerana faktor kekurangan tanah pamah
          Sungai di Thailand (Menam Chao Phraya)
          •  nadi lalu lintas Thailand -dpt dimudiki  400km dari muaranya pd musim hujan                                        -dpt dimudiki 200km pada musim kemarau.
          • kegiatan pasar apung
          • klong (jaringan terusan) yang menghubungkan  cawangan-cawangan Menam Chao Phraya di deltanya
          • Bangkok dikenali sebagai Venice Timur
          • sungai ini juga diempang utk kuasa hidroelektrik-empangan Chainat,  Yan He
          • deltanya sgt subur utk padi,tembakau dan jut
          Tasik di Kampuchea (Tonle Sap)


          • perikanan air tawar
          • pusat pelancongan
          • menyediakan kemudahan pengairan




          Kegiatan manusia yang merubah alam sekitar

            Penebangan pokok


            • pembalakan
            • pembinaan jalan  raya 
            • pertanian pinda

             Pertanian

            • Pertanian pindah
            • penggunaan racun serangga
            • racun rumpai
             Pembinaan jalan raya

            • perataan lereng bukit
            • penerokaan hutan
            • pelepasan asap drpd kenderaan
            Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

            • hakisan tanih
            • permukaan bumi menjadi gondol
            • banjir
            • pencemaran sungai dan udara
            • menganggu ekosistem
            • menjejaskan kesuburan tanih
            • kepupusan flora dan fauna
            • tanah runtuh

              Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan

              • penghutanan semula
              • mewartakan taman negara dan hutan simpan
              • penanaman tutup bumi
              • peneresan cerun bukit
              • kaedah biologi
              • menggalakkan pertanian tetap
              • menguatkuasakan undang-ungang

                Monday, 7 May 2012

                geografi tingkat 1TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR- BLOGAGZZ



                Hutan Hujan Tropika


                1. Hutan hujan tropika meru�pakan hutan yang paling lugs di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia.
                2. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Khatulistiwa.
                3. Hutan hujan tropika tum�buh dengan subur di kawa�san yang mempunyai ke�tinggian kurang daripada 1 000 meter.
                4. Kawasan hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gu�nung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
                5. Ciri-ciri hutan hujan tropika adalah:
                a) Bersifat malar hijau
                b) Tumbuh rapat-rapat
                c) Tumbuh berlapis-lapis

                     6.   Hutan hujan tropika juga menjadi habitat bagi dua per tiga spesies tumbuh-�tumbuhan  
                          di dunia.
                1. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal, meranti, keruing, balau dan seraya.
                2. Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokok�pokok yang tinggi.
                3. Pokok di lapisan renjung tumbuh sangat tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi so�kongan dan menahan po�kok daripada tumbang.
                4. Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan.
                5. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit.
                6. Tumbuh-tumbuhan ini ber�gantung kepada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.
                7. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.
                Hutan Paya




                1. Hutan paya di Malaysia ter�diri daripada hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.
                2. Pokok bakau di hutan paya air masin mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan tanih berlumpur dan air adalah untuk bernafas. Manakala akar jangkang yang menyokong�nya daripada tumbang.
                Hutan Pantai


                    1.     Hutan pantai terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran balk, ber�pasir 
                            dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
                    2.     Tumbuh-tumbuhan di hutan pantai dapat hidup walau�pun ditenggelami air laut    
                             semasa air pasang.
                    3.     Kebanyakan hutan pantai tumbuh di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. 

                Hutan Gunung



                1. Hutan gunung tumbuh su�bur di kawasan bertanih laterit yang terletak di ke�tinggian yang melebihi 1 000 meter dari aras laut.
                2. Contoh kawasan hutan gunung ialah di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, Banjaran Tama AD. Banjaran Tahan dan Pergu�nungan Iran.
                3. Jenis dan kepadatan tum�buh-tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ke�tinggian.
                4. Semakin tinggi kawasan hutan, semakin jarang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.
                5. Puncak gunung biasanya ditumbuhi oleh tumbuha�kulampair dan pokok-pokok kerdil.
                6. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh suhu di ka�wasan tersebut di mana suhu adalah rendah mana�kala tanih semakin nipis.
                7. Kawasan yang berada me�lebihi paras 3 500 meter diliputi batuan tandus se�perti di puncak Gunung Kinabalu.


                  Faktor-faktor mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar


                  Jenis   Hutan
                      Iklim
                  Bentuk             Muka Bumi
                  Jenis Tanih
                      Saliran
                  Hutan Hujan
                  Tropika
                  Suhu
                  27 �C

                  Hujan sepanjang tahun sesuai untuk tumbuhan
                  Kawasan      tanah pamah beralun

                  Kawasan kaki bukit
                  < 1000m
                  Tanih laterit


                  Tanih lanar/
                   alluvium
                   Baik
                  Hutan Paya
                  Air Masin
                  Hujan
                  2600 mm

                  Suhu
                  27 �C
                  Kawasan tanah rendah

                  Kawasan pinggir laut yang terlindung
                  Tanih berlumpur
                  Buruk

                  Air bertakung
                  Hutan Paya
                  Air Tawar
                  Hujan
                  2600 mm

                  Suhu
                  27 �C
                  Kawasan tanah rendah

                  Kawasan pedalaman

                  Sekitar tasik dan paya
                  Tanah gambut
                  Buruk

                  Air bertakung
                  Hutan Pantai
                  Hujan
                  2600 mm

                  Suhu
                  27 �C
                  Kawasan tanah rendah

                  Kawasan pantai yang terdedah
                  Tanah berpasir
                  Baik
                  Hutan Gunung
                  Hujan
                  2600 mm

                  Suhu
                  16-20 �C
                  Tanah tinggi
                  Kawasan
                  > 1200 m
                  Tanih laterit
                  Baik