Kedudukan Malaysia
1 Berhampiran Garisan Khatulistiwa.
2 Keluasan : 329 733km persegi
3 Terdiri darpada :
a) 13 buah negeri
b) 3 wilayah persekutuan
4 Mempunyai kedudukan
geografi strategik :
a) kedudukan di tengah-tengah jalan laut antara timur dan barat.
b) terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan Angin taufan.
Bentuk Muka Bumi Malaysia
Tanah Tinggi
1 Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.
2 Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a) Banjaran Nakawan
b) Banjaran Kedah Singora
c) Banjaran Bintang
d) Banjaran Keledang
d) Banjaran Keledang
e) Banjaran Titiwangsa/Besar
f ) Banajran Benom
g) Banjaran Tahan
h) Banjaran Pantai Timur
Banjaran Gunung di Malaysia
3 Banjaran di Sabah:
a) Banjaran Crocker
b) Banjaran Trus Madi
c) Banjaran Witti
d) Banjaran Maitland
e) Banjaran Brassey
4 Banjaran di Sarawak :
a) Banjaran Tama Abu
b) Pergunungan Iran
c) Pergunungan Hose
d) Banjaran Kapuas Hulu
e) Banjaran Kelinkang
5 Banjaran Titiwangsa:
a) tulang belakang Sem.M`sia
b) terpanjang (480km)
c) dikenali Banjaran Besar
d) kemuncak tertinggi - Gunung Korbu (2182m)
e) 3 pusat peranginan :
- Tanah Tinggi Genting
- Tanah Tinggi Cameron
- Bukit Fraser
f) legeh dan kawasan tadahan bagi sungai.
6 Banjaran Crocker:
a) terbesar dan tertinggi di Malaysia.
b) Kemuncak tertinggi - Gunung Kinabalu (4101m)
c) terdapat Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu.
7 Banjaran Tama Abu
a) banjaran utama Sarawak
b) kemuncak tertinggi - Gunung Murud (2425m)
Sistem Gunung Lipat
1 Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada sistem Banjaran Gunung Asia,
bermula dari Pusaran Pamir di utara India.
2 Banjaran di Malaysia menganjur dari Dataran Tinggi Yunnan dan menganjur merentasi
Thailand dan membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran lain.
3 Banjaran gunung di Asia terdiri daripada gunung lipat.
4 Pembentukan gunung lipat disebabkan kuasa mampatan.
5 Gunung lipat terdiri daripada
a) gunung lipat tua
b) gunung lipat muda
Sistem Gunung Lipat
Tanah Pamah
Terdiri daripada :
A lembangan sungai
B delta
C dataran pantai
1 Lembangan sungai ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-
cawangannya.
2 Dataran ialah kawasan rendah yang lebih luas, rata dan kurang daripada 15 meter.
3 Umumnya, dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran pantai
4 Ditimbuni tanih alluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian seperti Dataran
Kelantan dan DeltaRajang.
5 Tanah pamah dan dataran :
a) Dataran Kedah-Perlis
b) Dataran Hilir Perak
c) Dataran Selangor
d) Dataran Johor
e) Dataran Pahang
f) Dataran Terengganu
g) Dataran Kelantan
h) Delta Rajang
i) Dataran Pantai Barat Sarawak
j) Delta Baram
k) Dataran Pantai Barat Sabah
l) Dataran Pantai Timur Laut Sabah
m) Delta Segama
n) Dataran Pantai Timur Sabah
Saliran di Malaysia
1 Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun.
2 Kebanyakan sungai di Sem. Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa, mengalir masuk
ke Laut dan pentas benua. Shina Selatan dan Selat Melaka.
3 Di Sabah dan Sarawak, sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir
masuk ke Laut China Selatan dan Laut Sulu.
4 Sungai- sungai di Semenanjung Malaysia :
- Sungai Muda
- Sungai Perak
- Sungai Berna
- Sungai Endau
- Sungai Pahang
- Sungai Terengganu
- Sungai Kelantan
5 Sungai-sungai di Sarawak :
- Sungai Rajang
- Sungai Baram
- Sungai Lupar
6 Sungai-sungai di Sabah :
- Sungai Padas
- Sungai Labuk
- Sungai Kinabatangan
- Sungai Segama
7 Sungai-sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu, perlahan di peringkat
hilirnya,
8 Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini.
9 Tasik buatan manusia ialah Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Perdana.
Pola Saliran
Pola sairan ialah cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain.
a) pola saliran reranting
- bentuk ranting pokok
- di kawasan batuan yang sama kekerasan
- contoh: Sungai Pahang
b) pola saliran jejala
- di kawasan yang mempunyai batuan keras dan batuan lembut berselang-seli
- anak sungai menghakis lapisan batuan lembut
c) pola saliran selari
- terdapat di cerun curam
- contoh : Sungai Kinabatangan
d) pola saliran gegelang
- cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan
sungai utama di tanah rendah.
e) pola saliran jejari
sungai utama di tanah rendah.
Pola Saliran Gegelang |
- cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung
Pola Saliran Jejari
Bentuk Muka Bumi Sepanjang Aliran Sungai
Peringkat Hulu
1 Sungai mengalir deras
2 kuasa hakisan giat.
3 bentuk muka bumi ialah jeram, air terjun, gaung, lubuk sungai
Peringkat Tengah
1 Sungai mengalir sederhana deras
2 tindakan hakisan melebar lebih pesat.
3 bentuk muka bumi ialah susuh bukit berpanca dan liku sungai.
Peringkat Hilir
1 Proses pemendapan sungai lebih aktif dan berkesan
2 bentuk muka bumi ialah liku sungai yang besar, tasik ladam, dataran banjir, tetambak
dan delta.
Pinggir Laut
Pinggir Laut
Pinggir laut Malaysia tidak lurus tetapi panjang, mempunyai bentuk muka bumi seperti teluk,
tebing tinggi, tanjung, pantai, pulau
1 Pantai berpasir penting sebagai kawasan pelancongan dan perkelahan, kawasan
penanaman kelapa.
Contoh : Port Dickson
Pantai Cahaya Bulan
Batu Ferringhi
2 Pulau penting sebagai kawasan pelancongan, pelabuhan perikanan dan pelabuhan
antarabangsa.
Contoh : Pulau Langkawi
Pulau Tioman
Pulau Redang
Pulau Gaya
3 Tanjung penting sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan.
Contoh : Tanjung Bidara
Tanjung Dawai
Tanjung Datu
4 Teluk penting sebagai petempatan nelayan, tapak pelabuhan, kawasan perikanan,
kawasan perkelahan.
Contoh : Teluk Kemang
Teluk Ramunia
Teluk Kimanis
Teluk Darvel
Teluk Mahkota
5 Pentas benua ialah kawasan perikanan dan kawasan perlombongan petroleum dan gas
asli. Meliputi kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah,
Sarawak serta Laut China Selatan.
Potensi dan halangan bentuk muka bumi
Tanah tinggi
Kepentingan terhadap kegiatan manusia
- Kawasan tadahan air dan legeh sungai
- Kawasan pelancongan
- Penjanaan kuasa hidroelektrik
- Penanaman tanaman hawa sederhana
Kepentingan kepada pembangunan Negara
- Sumber air dan makanan
- Sumber kuasa untuk kilang, pejabat dan rumah
- Peluang pekerjaan
- Menambahkan pendapatan Negara-melaluli aktiviti pertanian, pembalakan dan pelancongan.
Halangan terhadap kegiatan manusia
- Cerun curam menyebabkan hakisan dan tanah runtuh
- Menyukarkan petempatan, pertanian dan pembinaan jalan raya
- Menanam pokok atau rumput
- Membina teres
- Membina tembok simen atau batu
- Membina terowong
Kepentingan terhadap kegiatan manusia
- pertanian
- petempatan
- tapak perindustrian
- tumpuan jaringan pengangkutan
- perlombomngan
Kepentingan kepada pembangunan Negara
- Sumber makanan
- Peluang pekerjaan
- Sumber bahan eksport dan mineral
- Menambahkan pendapatan negara
- pengangkutan cekap
Halangan terhadap kegiatan manusia
- berpaya
- bertanih gambut
- Mudah banjir
Cara-cara mengatasi
- menebus guna untuk kegiatan pertanian dan petempatan
- Bina perparitan
Kepentingan terhadap kegiatan manusia
- tapak pelabuhan
- pusat perikanan
- pusat pelancongan
- tapak petempatan nelayan
- tapak pelabuhan semula jadi
- peluang pekerjaan
- kawasan peranginan dan pelancongan
- Menambahkan pendapatan negara
Halangan terhadap kegiatan manusia
- tebing curam
- hakisan ombak
Cara-cara mengatasi
- membina tembok
- membina benteng
Saliran
Kepentingan terhadap kegiatan manusia
- Penjanaan kuasa hidroelektrik
- Sumber pengairan
- Kaedah pengangkutan
- Kawasan perikanan
- Pusat rekreasi
- Kegunaan domestik
Kepentingan kepada pembangunan Negara
- sumber kuasa hidroelektrik
- sumber makanan protein
- peluang pekerjaan
- bekalan air ke kilang, pejabat, rumah
- sumber air ke kawasan pertanian
- pengangkutan di kawasan pedalaman
Halangan terhadap kegiatan manusia
- Aliran deras di peringkat hulu dan berliku-liku di hilir sungai menyukarkan pengangkutan air
- air sungai yang tercemar
- aliran yang cetek
Cara-cara mengatasi
- membina empangan atau kolam air di peringkat hulu sungai
- meluruskan aliran sungai di peringkat hilirnya
- merawat sungai
Kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di negara-negara lain.
Tanah tinggi di Switzerland
- penting untuk industri pelancongan
- pelancongan menyediakan peluang pekerjaan kepada 10% penduduk negara ini
- musim sejuk aktiviti meluncur dan hoki atas salji
- cerun gunung berapi yang subur (tanih lava bes ) ditanam padi secara berteres.
- juga kerana faktor kekurangan tanah pamah
- nadi lalu lintas Thailand -dpt dimudiki 400km dari muaranya pd musim hujan -dpt dimudiki 200km pada musim kemarau.
- kegiatan pasar apung
- klong (jaringan terusan) yang menghubungkan cawangan-cawangan Menam Chao Phraya di deltanya
- Bangkok dikenali sebagai Venice Timur
- sungai ini juga diempang utk kuasa hidroelektrik-empangan Chainat, Yan He
- deltanya sgt subur utk padi,tembakau dan jut
- perikanan air tawar
- pusat pelancongan
- menyediakan kemudahan pengairan
Penebangan pokok
- pembalakan
- pembinaan jalan raya
- pertanian pinda
Pertanian
- Pertanian pindah
- penggunaan racun serangga
- racun rumpai
Pembinaan jalan raya
- perataan lereng bukit
- penerokaan hutan
- pelepasan asap drpd kenderaan
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
- hakisan tanih
- permukaan bumi menjadi gondol
- banjir
- pencemaran sungai dan udara
- menganggu ekosistem
- menjejaskan kesuburan tanih
- kepupusan flora dan fauna
- tanah runtuh
Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan
- penghutanan semula
- mewartakan taman negara dan hutan simpan
- penanaman tutup bumi
- peneresan cerun bukit
- kaedah biologi
- menggalakkan pertanian tetap
- menguatkuasakan undang-ungang
No comments:
Post a Comment